Monday, February 14, 2011
Teori Akhir Zaman
Pencinta alam mendakwa jika dunia tidak bertindak menghalang pemusnahan alam sekitar, akan terjadilah akhir zaman. Sebenarnya 'Teori Zaman Zaman' adalah satu penipuan sains. Ramai saintis dunia sudah membongkar kepalsuan teori-teori ini secara terpeinci dalam tulisan-tulisan dan forum-forum saintifik.
Selain itu isu ozon bukan fenomena baru. Dr Gordon Dobson dan rakan-rakannya menyatakan bahawa kejadian lubang ozon adalah kejadian bermusim. Beliau telah menemui hal ini sejak 1956 lagi. Selain itu saintis Perancis juga menjumpai lubang ozon yang lebih dalam pada tahun 1958 di Stesen Saintifik Antartika Perancis di Dumont durville.
Selanjutnya Teori Kepupusan Ozon bahawa klorin hasil dari perpecahan klorofluorokarbon buatan manusia dalam stratosfera tidak pernah dilihat berlaku memecahkan molekul ozon. Dakwaan bahawa CFC memusnahkan ozon masih lagi di peringkat teori.
Hakikat yang cuba disembunyikan ialah jumlah klorin dalam CFC buatan manusia amat kecil berbanding dengan sumber klorin alam semulajadi. Jumlah klorin dalam CFC buatan manusia hanya 750,000 ton setahun. Dari jumlah itu hanya 7500 ton atau 1 % sahaja yang sampai ke stratosfera.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 10:09 PM 0 comments
Negara maju lebih bersalah
Media barat, pencinta alam sekitar dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan fakta sebenar tentang alam sekitar. Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Negara yang paling banyak NGO ialah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan. Ada beberapa perkara yang disembunyikan oleh mereka.
Negara Amerika Syarikat adalah negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990.
Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan panas dilepaskan ke atmosfera. Amerika Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6 % daripada keseluruhan gas perangkap panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon dioksida, 130 juta tan metrik methane dan 350 juta tan metrik kloroflurokarbon (CFC). Soviet Union menduduki tempat kedua , dikuti dengan Brazil, China , India dan Jepun
Secara perbandingan, Malaysia hanya mengeluarkan 26 juta tan metrik atau 0.4 % dari keseluruhan gas pemanas dunia.Tetapi Malaysia masih dipersalahkan.Sehinggakan Senator Al Gore dari Tennesse, Amerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan penebangan hutan di Sarawak kepada dua pertiga. Tidakkah desakan ini menunjukan kebodohan dan keangkuhan mereka.
Ketika negara maju melaungkan slogan 'Selamatkan Hutan Tropika' tetapi dalam pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari.
Negara maju berkehendakkan daging merah untuk membuat hamburger. Oleh itu penduduk negara sedang membangun menternak lembu untuk dijual kepada mereka. Untuk tujuan itu mereka menebang hutan tropika. Tanah dijadikan padang rumput kerana rumput adalah makanan lembu. Apabila hutan ditebang, orang asli yang tinggal dihutan kehilangan tempat tinggal.
Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED menyatakan cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan bumi.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 10:07 PM 0 comments
Penipisan lapisan ozon
Negara maju sering mengaitkan hutan tropika dengan ozon.Saintis mendakwa 100 tahun lagi suhu bumi akan meningkat 5 darjah celcius. Atmosfera adalah perisai bumi. Perisai terpenting adalah lapisan ozon. Ozon terletak pada 10 km - 60 km dari muka bumi. Lapisan ozon menyerap ultraungu. Ozon adalah gas berwarna biru iaitu gas oksigen.
Saintis dari Britain Antartic Survey di Teluk Halley, Antartika telah mengesan lubang ozon setiap musim iaitu pada bulan September hingga Oktober.
Lubang ini amat menakutkan kerana pada tahun 1988, luasnya seluas benua Antartika, Australia dan New Zealand. Jika lubang ozon terlalu lebar ia akan memberikan kesan yang amat dahsyat. Manusia lebih mudah mendapat penyakit; barah kulit, katarak dan buta. Selain itu tumbuhan dan plankton akan berkurangan. Rantaian makanan hidupan akuatik akan terganggu. Dengan demikian jumlah ikan akan berkurangan dan menjejaskan sumber protin manusia.
Negara maju lebih banyak memusnahkan ozon. ini kerana mereka banyak memiliki peti sejuk dan alat penghawa dingin. Dalam alat-alat ini terkandung bahan merbahaya kepada ozon iaitu CFC. CFC ialah sebatian tiga unsur kimia iaitu karbon, klorin dan florin. Ia tidak mempunyai warna, bau dan tak ternyalakan. Bahan ini banyak digunakan sebagai penebat dan pembungkusan polisterina.
Posted by Sumaiyah Khairudin at 10:02 PM 0 comments
Apa Itu Geografi?
Kalau sebelum ini kita dapat skor A dalam matapelajaran Geografi, tentunya semua soalan2 yang ditanya merangkumi bentuk muka bumi, kedudukan, cuaca dll, kita dapat jawab dengan mudah... betul tak? mungkin sebab kuat menghafal walhal tak faham apa yang dipelajari... mungkin juga memang seseorang itu berkebolehan dalam bidang ini.
Tapi.... cuba kalau orang tanya, 'apa itu Geografi?' haaa....agak2 boleh jawab dengan betul tak?
Sebenarnya, Geografi adalah kajian tentang sesuatu lokasi, frekuensi edaran, dan interaksi dari semua elemen signifikan dari lingkungan manusia dan fizikal pada atau dekat permukaan bumi, terutama ciri-cirinya dan pengedaran kehidupan di bumi, termasuk kehidupan manusia dan kesan aktiviti manusia.
Geografi fizikal tertumpu pada pola fizikal, meteorologi dan ekologi dan proses di Bumi.
Geografi manusia tertumpu pada proses ekonomi, politik dan budaya dan ciri-ciri dalam dimensi ruang mereka.
Selain mempelajari ciri-ciri manusia dan alam Bumi, geografi juga merupakan suatu kajian tempat Bumi di tata surya dan alam semesta dan bagaimana ini mempengaruhi ciri-ciri Bumi (contohnya iklim, arus laut dan pasang surut), serta proses fizikal di planet lain.
haa..agak2 boleh faham tak ape yang cuba diterangkan? kalau bahasa mungkin sedikit mencabar, carila kamus...huhu...sampai disini sahaja...salam...
Posted by Sumaiyah Khairudin at 9:01 PM 0 comments